Pendekatan Kaunseling Terhadap Mangsa Penderaan Seksual Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kajian lepas mengenai penderaan kanak-kanak telah banyak dilakukan namun masih terdapat kurang kajian yang menjurus kepada intervensi terhadap penderaan seksual kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pendekatan kaunseling atau kaedah serta intervensi yang sesuai digunakan ke atas man...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamayah, Saili, Sharifah Haziqah, Syed Hassan
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/14310/
http://ir.unimas.my/id/eprint/14310/1/ProCoun_IR2.docx
Description
Summary:Kajian lepas mengenai penderaan kanak-kanak telah banyak dilakukan namun masih terdapat kurang kajian yang menjurus kepada intervensi terhadap penderaan seksual kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pendekatan kaunseling atau kaedah serta intervensi yang sesuai digunakan ke atas mangsa penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak. Peserta kajian terdiri daripada lima orang kaunselor berdaftar yang pernah mengendalikan kes penderaan seksual kanak-kanak yang berkhidmat di daerah Kuching, Sarawak dan Kota Tinggi, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu dengan menemu bual kaunselor berdaftar berdasarkan soalan separa berstruktur. Data yang diperolehi pula dianalisis secara bertema menggunakan kaedah analisis bertema (Braun & Clarke, 2006). Dapatan kajian menunjukkan terdapat persamaan antara dapatan yang diperolehi dari kajian lepas dari aspek intervensi penderaan seksual. Analisis bertema aspek intervensi telah mengenalpasti strategi yang digunakan, proses rawatan dan kaedah pencegahan. Terdapat perbezaan dalam proses pelaksanaan rawatan, iaitu limitasi tertentu dalam menjalankan rawatan. Hal ini disebabkan oleh pihak kaunselor dan mangsa terikat dengan prosedur undang-undang di Malaysia. Implikasi kajian ke arah bidang kaunseling serta hala tuju untuk penyelidikan masa depan turut dibincangkan.