Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem

Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fatahyah, Yahya, Suriyani, Yahya, Aina Razlin, Mohammad Roose
Format: Article
Language:English
Published: Jurnal Kemanusiaan 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/121/
http://ir.unimas.my/id/eprint/121/1/Hubungan%20antara%20Perkahwinan%20dengan%20Self-Esteem%20%28abstract%29.pdf
Description
Summary:Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Sarawak.. Ujian–t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. Hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan selfesteem. Pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka Pekali Spearman Rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. Pekali Pearson Product-Moment pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. Hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem.