Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra- Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program pengajian sains hayat dan sains fizikal pada asasnya disasarkan kepada kelompok pelajar yang berbeza. Setiap program mempunyai kelebihan dan perspektif yang tersendiri. Memandangkan program pra-universiti, asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan, maka pelajar yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Fhaizal, Mohamad Bukhori, Rohaiza, Daud, Nur Fazliana, Rahim, Nor Amalina, Ahmad, Mohd Aminudin, Mustapha, Farah Liyana, Azizan, Mohd Alhafiizh, Zailani, Dhana Jay, Raja Gopal
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/11975/
http://ir.unimas.my/id/eprint/11975/1/Paper%20Asasi%202015%20JPP%20Final-001-002%20abstrak%20only.pdf
Description
Summary:Program pengajian sains hayat dan sains fizikal pada asasnya disasarkan kepada kelompok pelajar yang berbeza. Setiap program mempunyai kelebihan dan perspektif yang tersendiri. Memandangkan program pra-universiti, asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan, maka pelajar yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang begitu ketat dan mencabar sepanjang tempoh pengajian. Ekoran tersebut, secara dasarnya pelajar harus mempunyai fokus dan ketetapan untuk mengikuti program pengajian sains hayat ataupun sains fizikal secara jelas kerana sukatan pelajaran pra-universiti, asasi dan matrikulasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu untuk diikuti di peringkat ijazah pertama nanti. Selain itu, kemasukan pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian sains hayat dan sains fizikal di institusi terpilih ini adalah berdasarkan kepada pilihan sendiri dan memenuhi syarat syarat dan kriteria kemasukan yang telah ditetapkan. Namun, syarat yang ditentukan itu hanyalah berdasarkan kepada kelayakan akademik tanpa pertimbangan kelayakan personaliti dan minat. Justeru, kajian ini meninjau faktor faktor yang mendorong para pelajar aliran sains lepasan SPM dalam pemilihan aliran pengajian mereka di peringkat pra-universiti, asasi atau matrikulasi. Perbincangan ini melihat kepada perkaitan yang jelas antara pola kecenderungan pemilihan yang digunakan oleh pelajar menerusi faktor kehendak diri sendiri, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, limitasi pilihan, peluang pekerjaan, pilihan kerjaya, serta latarbelakang kemahiran dan minat.