Pembangunan Ekonomi Integrasi Asia Timur
Integrasi ekonomi serantau (regionalisme) menjadi trend ekonomi paling penting dalam ekonomi global hari ini dengan kewujudan banyak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Kejayaan kawasan/rantau Eropah bergabung melalui Kesatuan Eropah (EU) dan kejayaan kawasan/rantau Amerika Utara melalui Kawasan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Book |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/10740/ http://ir.unimas.my/id/eprint/10740/1/Pembangunan%20Ekonomi%20Integrasi%20Asia%20Timur%207pgs.pdf |
| Summary: | Integrasi ekonomi serantau (regionalisme) menjadi trend ekonomi paling penting
dalam ekonomi global hari ini dengan kewujudan banyak Perjanjian Perdagangan
Bebas (FTA). Kejayaan kawasan/rantau Eropah bergabung melalui Kesatuan
Eropah (EU) dan kejayaan kawasan/rantau Amerika Utara melalui Kawasan
Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) telah mendorong kewujudan lebih
banyak Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau (RTA) ditandatangani. Jumlah
RTA telah meningkat dengan pesat dengan skop geografinya yang semakin
meluas. Mengikut data daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada
Mac 2002, sebanyak 250 RTA telah dimeterai dan sebanyak 168 kekal aktif.
Pada hari ini kita telah dapat melihat trend regionalisme ini semakin
tersebar luas dalam bentuk yang pelbagai dan kompleks. Pertamanya, kewujudan
RTA menjadi lebih kukuh dan kuat. Pengenalan mata wang baru `Euro' untuk
dipakai oleh negara-negara anggota EU telah menjadikan ekonomi EU semakin
kuat dan teguh. Kekuatan ini semakin bertambah apabila EU telah menerima 10
keanggotaan dari negara-negara baru Eropah Timur pada Jun 2004. Kedua,
rangkaian ekonomi yang dibentuk hari ini merupakan kerjasama antara satu RTA
dengan RTA yang lain. Contohnya, kerjasama di antara rantau Eropah dengan
rantau Amerika Selatan melalui Kesatuan Eropah-Perjanjian Kawasan Pasaran
Umum Amerika Selatan (EU- MERCOSUR) dan kerjasama kawasan Pertubuhan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan rantau Ocenia melalui ASEAN
FTA (AFTA)-ANZCERTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Kawasan
Perdagangan Hubungan Ekonomi Rapat Australia-New Zealand). Ketiga,
kemunculan RTA yang baru secara berterusan di setiap kawasan/rantau.
Kejayaan yang dicapai di kawasan Eropah dan Amerika Utara telah
mendorong rantau atau kawasan ekonomi yang lain untuk mewujudkan kawasan
1
Pembangunan Ekonomi Integrasi Asia Timur
ekonomi mereka sendiri. Rantau Asia Timur yang terkenal dengan prestasi
pencapaian ekonomi yang tinggi sebenarnya agak jauh ketinggalan dalam
kerjasama ekonomi seperti ini. Satu-satunya institusi formal yang telah wujud
di kawasan Asia Timur ialah ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 atas
platform politik. ASEAN hanya menukar objektifnya ke arah platform ekonomi
bermula pada tahun 1977 apabila mencapai persetujuan perjanjian tentang
Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA-Preferential Trading Arrangements). Hari
ini, ASEAN telah memasuki fasa baru kerjasama ekonomi dengan
menandatangani ASEAN FIFA (AFTA). AFTA dibentuk hasil daripada Mesyuarat
Kemuncak ASEAN pada tahun 1992 yang dihadiri oleh negara anggota asalnya
iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei. AFTA telah
berkembang ke seluruh rantau Asia Tenggara dengan penyertaan Vietnam (1995),
Myanmar dan Laos (1997), dan Kemboja (1999).
Sehingga tahun 1997, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
kerjasama ekonomi Asia Timur dapat diwujudkan selain daripada kewujudan
ASEAN. Negara-negara maju di Asia Timur Jauh seperti Jepun dan Korea Selatan
kurang menunjukkan minat mereka dalam integrasi ekonomi. China dalam
tempoh yang sama (sebelum 1997) terpaksa menumpukan banyak masa untuk
memastikan permohonannya untuk menjadi ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) yang akhirnya diterima pada tahun 2001. Cadangan bekas Perdana
Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pada tahun 1990 kepada negara-negara
Asia Timur untuk membentuk Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) tidak
diterima oleh negara Jepun. Jepun menolak cadangan ini kerana tidak mendapat
restu daripada negara rakan dagang utamanya, Amerika Syarikat (AS).
Integrasi ekonomi di rantau Asia Timur tiba-tiba menjadi begitu penting
terutamanya selepas krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997. Minat untuk
mewujudkan kawasan perdagangan bebas Asia Timur oleh negara China, Jepun
dan Korea hanya dapat dilihat selepas krisis kewangan 1997 (Cheong, 2002).
Krisis kewangari yang bermula dengan kejatuhan nilai wata wang Thailand 'bath'
telah merebak kepada kebanyakan ekonomi Asia Timur yang lain seperti
Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia. Krisis ini telah menjadi krisis ekonomi
apabila keseluruhan sektor ekonomi terjejas teruk seperti penguncupan dalam
purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara mendadak,
peningkatan dalam pengangguran dan inflasi. la telah memberikan kesan langsung
dan tidak langsung kepada keseluruhan prestasi ekonomi Asia Timur yang
sebelum itu dibanggakan dengan 'Keajaiban Asia Timur' (Bank Dunia, 1993). |
|---|