Kesantunan dalam Budaya Melayu Sarawak

Masyarakat Melayu Sarawak kaya dengan adat istiadat yang ditenun dengan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan. Unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ini dapat ditelah dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah menerusi perlakuan dan penggunaan bahasa seperti kata ganti nama diri, kata sapaan dan rujuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamidah, Abdul Wahab, Wan Robiah, Meor Osman
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/10060/
http://ir.unimas.my/id/eprint/10060/1/Kesantunan%20Dalam%20Budaya%20Melayu%20Sarawak%20%28abstract%29.pdf
Description
Summary:Masyarakat Melayu Sarawak kaya dengan adat istiadat yang ditenun dengan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan. Unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ini dapat ditelah dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah menerusi perlakuan dan penggunaan bahasa seperti kata ganti nama diri, kata sapaan dan rujukan hormat, selain pantun, kiasan, dan budaya rakyat seperti lagu dan cerita. Penekanan un sur kesantunan dalam kehidupan amat penting agar terlahir insan yang berpekerti mulia, tahu adat budaya, berakhlak dan mempunyai keperibadian Melayu. Makalah ini memfokus unsur kesantunan dalam budaya masyarakat Melayu Sarawak. Aspek kesantunan yang diteliti merangkumi verbal dan bukan verbal. Aspek kesantunan, kesopanan dan budi masyarakat yang kaya dengan adat susila sememangnya entiti yang perlu dikaji, diteliti, dan seterusnya didokumentasikan agar berfungsi sebagai satu sarana yang mempeIjelas identiti dan jati diri bangsa Melayu di Sarawak.