Polemik isu EAEC melalui paparan akhbar new straits times dan the star 1991 dan 1992 : Satu analisa perbandingan kandungan
Kajian analisa kandungan ini bertujuan melihat penulisan berita tentang polemik isu mengenai EAEC di dalam akhbar New Straits Times dan The Star. Sebanyak 170 item berita dari tahun 1991 sehingga 1992 telah dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya. Kajian ini bertujuan melihat apakah agenda yan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Final Year Project Report / IMRAD |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/10055/ http://ir.unimas.my/id/eprint/10055/3/Normisyar.pdf |
| Summary: | Kajian analisa kandungan ini bertujuan melihat penulisan berita tentang polemik isu
mengenai EAEC di dalam akhbar New Straits Times dan The Star. Sebanyak 170 item
berita dari tahun 1991 sehingga 1992 telah dikumpulkan dan dianalisa isi
kandungannya. Kajian ini bertujuan melihat apakah agenda yang telah ditentukan oleh
kedua-dua akhbar, berkenaan isi kandungan serta beberapa item lain seperti kategori
isu, format, sumber, visual, personaliti, kaedah pengumpulan berita, kecenderungan
dan orentasi berita. Hasil kajian menunjukkan bahawa isu penjelasan dan huraian
mengenai EAEC serta isu pengiktirafan EAEC merupakan isu yang paling kerap
mendapat liputan. Malah kedua-dua akhbar ini majoritinya menyiarkan item-item
yang positif tentang EAEC. Isu-isu ini lebih cenderung untuk memberitahu dan
memujuk pembaca (khasnya negara-negara barat) untuk menyertai EAEC. Manakala,
pemimpin dari Malaysia merupakan sumber utama dengan Perdana Menteri Malaysia
sebagai personaliti utama. Keputusan juga menunjukkan bahawa pemberi makiumat
banyak menggunakan n kaedah sidang media dan temuramah untuk menjelaskan isu-isu
berhubung EAEC. |
|---|