Penyertaan penduduk di Projek Kelapa Sawit Salcra di Bratak, Bau

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi para peserta dan bukan peserta projek terhadap projek kelapa sawit SALCRA. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan pendapatan di antara para peserta projek dengan bukan peserta. Dengan ini, perbazaan di antara kedua-dua golongan dapat d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Henry, Ak. Jimbey
Format: Final Year Project Report / IMRAD
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 1997
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/10051/
http://ir.unimas.my/id/eprint/10051/8/Henry%20ak%20Jimbey.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi para peserta dan bukan peserta projek terhadap projek kelapa sawit SALCRA. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan pendapatan di antara para peserta projek dengan bukan peserta. Dengan ini, perbazaan di antara kedua-dua golongan dapat dibezakan. Kajian ini seterusnya cuba mengupas perbezaan pendapatan para peserta projek sebelum dan selepas merekä menyertai projek SALCRA. Perubahan taraf hidup para peserta setelah mereka menyertai projek kelapa sawit adalah sebahagian daripada objektif kajian. Majoriti responden menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pendapatan yang mereka terima. Pada mereka, pendapatan ini terlalu kecil lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti ladang SALCRA. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap projek kelapa sawit SALCRA. Bagi responden yang menyertai projek pula, majoriti mereka mengatakan bahawa pendapatan mereka telah meningkat dan kehidupan mereka lebih terjamin. Malah apa yang mereka pentingkan adalah hak pemilikan tanah akan diberikan kepada mereka kelak.