Penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia. Satu tinjauan dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya. Kajian lebi ditumpukan kepada aspek ekonomi dan sosio-budaya kerana ia merupakan faktor utama dalam mempengaruhi keputusan untuk berhijrah. Proses penghijrahan pendatang Indo...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Final Year Project Report / IMRAD |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/10050/ http://ir.unimas.my/id/eprint/10050/8/Norziah.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia dari
perspektif ekonomi dan sosio-budaya. Kajian lebi ditumpukan kepada aspek ekonomi dan
sosio-budaya kerana ia merupakan faktor utama dalam mempengaruhi keputusan untuk
berhijrah. Proses penghijrahan pendatang Indonesia didapati berlaku peringkat demi
peringkat dan mereka sebenamya mengulangi apa yang dilakukan oleh rakan dan saudara
yang berhijrah terlebih dahulu. Negara Malaysia sexing dianggap `Syurga Pekerjaan' bagi
pendatang asing yang akan menjanjikan pelbagai kemewahan kepada mereka. Pendatang
Indonesia yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi dan rajin bekerja,
mengamalkan prinsip "Sanggup Bergadai Nyawa" asalkan mereka dapat masuk ke
Malaysia walaupun secara tanpa izin. Terdapat banyak faktor yang mendorong serta
memudahkan kemasukan mereka antaranya wujud peluang pekerjaan yang lebih tinggi dan
sikap rakyat tempatan yang memilih pekerjaan, kadar upah yang tinggi berbanding negara
asal, persamaan sejarah latarbelakang, budaya, bahasa dan agama, kegiatan sindiket haram
dan sebagainya. Yang jelas kemasukan mereka turnt dibantu oleh rakan dan saudara yang
berada di Malaysia, taikong dan penduduk tempatan yang memerlukan khidmat mereka.
Penghijrahan pendatang Indonesia secara beramai-ramai dan tidak terkawal menimbulkan
pelbagai implikasi. Didapati implikasi negatif lebih dominan dari implikasi positif.
Antaranya pengaliran keluar wang negara, perbelanjaan pentadbiran berhubung dengan
PATI, wujud masalah setinggan dan peru. mahan, peningkatan kadar jenayah,
meningkatkan masalah sosial dan sebagainya. Bagi membendung masalah penghijrahan
pendatang tanpa izin, pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh kerajaan Malaysia
seperti Ops Nyah 1 dan Ops Nyah 11 mahupun kerjasama dua hala antara kerajaan
Malaysia dan Indonesia seperti menandatangani Perjanjian Medan 1984 dan Penghantaran
semula PATI. |
|---|