| Summary: | PEKAN, 14 Oktober 2025 – Dalam usaha berterusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke arah kelestarian dan inisiatif kampus pintar, sekumpulan penyelidik dari Pusat TVET Termaju berjaya membangunkan Sistem Pengairan Pintar berasaskan Internet of Things (IoT) bagi menyokong dan memulihkan kawasan penghijauan Rimba Lestari di UMPSA Pekan.
Projek ini diterajui oleh Pegawai Latihan Vokasional, Pusat TVET Termaju, Ts. Khairil Anuar Abdul Hamid dengan kerjasama pasukan penyelidik daripada pelbagai fakulti dan jabatan di UMPSA.
Menurut Ts Khairil Anuar, sistem ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha univerditi untuk menggabungkan teknologi dan pemuliharaan alam sekitar di dalam kampus.
|