| Summary: | JERANTUT, 13 Oktober 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengukuhkan peranannya sebagai institusi yang menyokong usaha inovatif tenaga hijau dengan memperkenalkan ResQ Solar Emergency Power Station sempena Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang diadakan di Padang FA Jerantut, Pahang.
Produk inovasi ini merupakan hasil ciptaan melibatkan Jurutera Kanan, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Ts. Haji Mohd Nurakla Mohd Azlan, Profesor dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Profesor Madya Ts.Dr. Amir Abdul Razak serta pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Profesor Madya Dr. Abdul Syukor Abd Razak.
|