| Summary: | GAMBANG, 12 Oktober 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meneruskan langkah proaktif dalam usaha pengkomersialan hasil penyelidikan universiti melalui Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Pelesenan Teknologi bersama tiga syarikat pemula universiti iaitu MNR Multitech Sdn. Bhd., Edgify Solutions Sdn. Bhd. dan TML Lab Sdn. Bhd.
Antara teknologi yang dilesenkan ialah ‘A Method of Producing A Food Grade Grease Composition’ oleh Ts. Mohd Najib Razali dari MNR Multitech Sdn. Bhd., ‘Elephant Intrusion Detector System Using Artificial Intelligence (GajahSafe)’ oleh Ts. Dr. Syafiq Fauzi Kamarulzaman dari Edgify Solutions Sdn. Bhd, dan ‘Codes To Detect Pathogenic Bacteria from Whole-Genome Data’ oleh Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Ahmad dari TML Lab Sdn. Bhd.
|