| Summary: | PEKAN, 10 Oktober 2025 - Seramai 13 staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terpilih bakal menjalani program mobiliti di universiti dan rakan kerjasama dalam dan luar negara sebagai salah satu inisiatif program mobiliti staf bagi pembangunan bakat, pemerkayaan ilmu serta kemahiran, di samping memperkukuh Agenda Pengantarabangsaan Universiti.
Sebagai 'Duta' UMPSA, mereka bukan sahaja membawa imej baik UMPSA ke peringkat antarabangsa, malah memainkan peranan merebut peluang yang ada bagi memperkukuh ilmu, kemahiran serta jaringan untuk dimanfaatkan di universiti.
|