| Summary: | FATIH, ISTANBUL, 4 September 2025 – Seramai 12 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang terdiri daripada staf dan pelajar menyertai Program Kembara Mobiliti Antarabangsa 2025 di Fatih, Istanbul, Turkiye, sebagai usaha memperkasa pengalaman pembelajaran global melalui pendidikan rentas budaya dan khidmat komuniti antarabangsa.
Program yang berlangsung selama lapan hari itu memberi peluang kepada peserta meneroka amalan akademik luar negara, selain menyertai aktiviti pembangunan komuniti bersama penduduk setempat.
Inisiatif ini turut menyokong agenda UMPSA dalam memupuk pelajar berdaya saing di peringkat global dan berjiwa sukarelawan.
|