| Summary: | GAMBANG, 8 Oktober 2025 – Orang ramai dan warga kampus dijemput hadir ke Festival Idea@Pahang dan Hari Terbuka Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang.
UMPSA sebagai peneraju utama penganjuran Festival Idea@Pahang (FOI) 2025, bakal dilaksanakan selaras dengan mandat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelang penganjuran Festival Idea Putrajaya 2025 pada 4 hingga 8 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menurut Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, penganjuran FOI ini merupakan inisiatif penting dalam mengangkat budaya ilmu dan inovasi khususnya di negeri Pahang dalam membentuk ekosistem pemikiran masa hadapan.
|