| Summary: | PEKAN, 4 Oktober 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terima sumbangan dua buah kenderaan elektrik Changan EADO 460 daripada Fieldman EV Sdn. Bhd. yang akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang teknologi EV.
Majlis menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar yang juga Pengerusi Yayasan UMPSA menerima replika kunci kereta daripada Pengarah Urusan Fieldman EV Sdn. Bhd., Razmi Shah Othman.
Hadir sama Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PIBB, Tuan Syamsul Azuan Ahmad Fauzi, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Datuk Sri Darwis Abdul Razak, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Datin Nur Sharmila Shaheen dan Pendaftar, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim.
|