| Summary: | PEKAN, 27 September 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima seramai 2,313 pelajar baharu yang mula mendaftar hari ini bagi Semester I Sesi Akademik 2025/2026 di kedua-dua kampus di Pekan dan juga Gambang.
Proses pendaftaran yang bermula sejak pagi tadi berjalan lancar melalui kaedah pandu lalu dengan kehadiran pelajar bersama keluarga masing-masing dari seluruh pelosok tanah air.
Kehadiran pelajar baharu ini sekali gus menandakan bermulanya perjalanan akademik mereka di UMPSA yang bukan sahaja menekankan aspek kecemerlangan akademik, malah turut memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan, kemahiran insaniah dan sahsiah diri sepanjang tempoh pengajian.
|