| Summary: | MEDAN, 18 September 2025 – Pusat Pembelajaran Fleksibel & Micro-Credentials (FLEXMC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya melaksanakan program Khidmat Masyarakat Peringkat Antarabangsa bersama 33 orang pelajar Tadika Islam Mutiara Amaliyah di Medan, Indonesia.
Program itu dijalankan dengan kerjasama strategik Fakultas Ilmu Komputer dan Teknologi Informasi, Universitas Sumatera Utara (USU) yang menjadi rakan kongsi akademik dalam memperkukuh hubungan serantau Malaysia–Indonesia.
Inisiatif ini juga turut memberi tumpuan kepada literasi digital berteraskan Science, Technology, Engineering, Arts & Mathematics (STEAM) dengan penggunaan Virtual Reality (VR) sebagai medium pembelajaran inovatif bagi merangsang perkembangan kognitif dan emosi kanak-kanak.
|