Jelajah Prihatin UMPSA cakna keperluan pelajar yang bakal mendaftar

KUALA LUMPUR, 18 September 2025– Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar baharu yang berkeperluan sebagai inisiatif dan memudah cara urusan pendaftaran mereka pada 27 September depan. Kunjungan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias yang turun padang men...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Naqiah, Puaad
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45738/
Description
Summary:KUALA LUMPUR, 18 September 2025– Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar baharu yang berkeperluan sebagai inisiatif dan memudah cara urusan pendaftaran mereka pada 27 September depan. Kunjungan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias yang turun padang menyantuni keluarga Mohamad Afiq Mohd Azmi membawa semangat buatnya untuk mendaftar masuk ke UMPSA pada minggu hadapan. Mohamad Afiq Mohd Azmi menerima tawaran program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kimia dan Proses (FTKKP) baru-baru ini. Menurut ibunya, Maslinda Musa 53, pelajar lepasan Kolej Vokasional (KV) Setapak ini pernah menyimpan niat untuk belajar di UMPSA setiap kali melintas lalu di hadapan UMPSA Kampus Gambang.