| Summary: | 16 September 1963 merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia. Buat pertama kalinya, selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mengorak langkah untuk membentuk satu gabungan yang besar yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Biarpun mengalami beberapa masalah dan cabaran, namun akhirnya Persekutuan Malaysia berjaya direalisasikan pada 16 September 1963. Disebabkan wujud isu politik, Singapura akhirnya keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, Persekutuan Malaysia hanya merangkumi Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Di bawah Persekutuan Malaysia, banyak kejayaan telah dicapai sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan isu-isu yang membabitkan keselamatan negara.
|