Perkasa TVET, Perluas Horizon Akademik Bersama UMPSA

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) giat melaksanakan inisiatif kerjasama akademik bagi memacu agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) lanjutan serta pengantarabangsaan program akademik. Antara langkah proaktif yang diambil termasuk penawaran program ijazah dual de...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mimi Sakinah, Abdul Munaim
Format: UMPSA News
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45668/
Description
Summary:Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) giat melaksanakan inisiatif kerjasama akademik bagi memacu agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) lanjutan serta pengantarabangsaan program akademik. Antara langkah proaktif yang diambil termasuk penawaran program ijazah dual dengan institusi ternama antarabangsa, program kampus pesisir di Borneo, peluang mobiliti pelajar merentasi sempadan (termasuk latihan industri di Jerman), serta penubuhan pusat pembangunan kemahiran vokasional berprofil tinggi. Misalnya, UMPSA telah menubuhkan Pusat Pembangunan Serantau Kemahiran Vokasional China-Malaysia hasil kerjasama dengan Center for Language Education and Cooperation (CLEC) dan Hebei University. Pusat yang kedua seumpamanya di dunia (selepas Afrika) ini bakal menawarkan kursus bahasa Mandarin berteraskan kemahiran vokasional melalui Institut Confucius UMPSA, di samping memperkukuh pertukaran pelajar dan staf antara Malaysia–China.