| Summary: | MELBOURNE, 31 Ogos 2025 – Seramai 15 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyertai Program Kembara Mobiliti UMPSA@ Melbourne menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 di bumi Australia dengan penuh semangat patriotisme.
Walaupun berada jauh dari tanah air, para mahasiswa mengambil kesempatan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku dan patriotik, sekali gus menyemarakkan rasa cinta kepada negara serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara.
Ketua delegasi Sukarelawan Yayasan UMPSA merangkap Pengarah Program, Nur Husna Azlan berkata, sambutan tersebut mencerminkan kesetiaan mahasiswa terhadap tanah air.
|