Kontinjen UMPSA tampil bergaya semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang
KUANTAN, 31 Ogos 2025 – Kontinjen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tampil bergaya dalam perbarisan bagi menyemarakkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Kuantan dan Pekan. Kontinjen UMPSA disertai seramai 62 orang staf dan tiga o...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Newspaper |
| Language: | Malay |
| Published: |
UMPSA
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45661/ |
| Summary: | KUANTAN, 31 Ogos 2025 – Kontinjen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tampil bergaya dalam perbarisan bagi menyemarakkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Kuantan dan Pekan.
Kontinjen UMPSA disertai seramai 62 orang staf dan tiga orang pelajar yang diketuai oleh staf Bahagian Keselamatan, Mohammad Hafizi Ali di Kuantan dan Abd Halim Othman di Pekan.
Majlis menyaksikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang di Padang MBK 1. |
|---|