Pasangan kembar antara pelajar sulung tajaan YDD di UMPSA

GAMBANG, 22 Ogos 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada Yayasan DayaDiri (YDD) yang membincangkan fokus hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh inisiatif penajaan Program Ijazah Dual UMPSA. Pertemuan itu turu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Maisarah, Awang
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45498/
Description
Summary:GAMBANG, 22 Ogos 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada Yayasan DayaDiri (YDD) yang membincangkan fokus hala tuju kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh inisiatif penajaan Program Ijazah Dual UMPSA. Pertemuan itu turut menjadi peluang pertama pihak YDD bertemu dengan tiga pelajar tajaan mereka di UMPSA iaitu pasangan kembar, Putri Nur Amieza dan Putri Nur Amiera, serta Muhammad Rayyan Syahmie. Delegasi YDD telah disambut mesra oleh Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), Abd Rahman Haji Safie, Pengarah Kanan Perkhidmatan Akademik, Ernie Nurazlin Lizam, Pengarah Pusat Senat dan Pentadbiran (Seksyen Penajaan dan Pembiayaan Akademik), Nor Ashikin Sulaiman, serta Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan, Zainal Bahari.