| Summary: | Kuala Nerus: Seramai 40 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai Ekspedisi Kayak Merdeka anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejauh 22 kilometer ke Pulau Bidong di sini, sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Ekspedisi dua hari itu turut disertai pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr Mohd Izzani Mohd. Zain berkata, program berkenaan adalah inisiatif tahunan universiti itu yang dihidupkan semula sebagai salah satu pengisian bulan kebangsaan.
|