| Summary: | KUANTAN, 22 Ogos 2025 - Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus membuktikan komitmen dalam memperkasa kompetensi guru di negeri Pahang melalui pelaksanaan Program Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Program yang diadakan di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Kuantan baru-baru ini disokong penuh oleh Geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti UMPSA (CDU230102) bernilai RM19,500.
Bengkel intensif Pengamal Bertauliah Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ) Tahap 1, yang dianjurkan dari bulan Jun 2024 hingga Jun 2025 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), telah memberi impak besar kepada lebih 50 guru SISC+ dan TVET daripada 11 buah daerah seluruh negeri.
|