| Summary: | Media sosial merupakan platform popular dalam kalangan pengguna media sosial untuk berhubung, mendapatkan berita terkini, dan memberikan pandangan. Ia biasanya diakses melalui telefon pintar mahupun dari komputer pada bila-bila masa. Perkongsian di laman media adalah berkisar tentang kehidupan harian, berita semasa termasuklah sukan dan hiburan. Namun, ketika krisis melanda seperti pandemik, bencana alam atau tragedi kemanusiaan, perkongsian dari laman media sosial ini menjadi lebih rancak dan sering dibanjiri dengan hantaran yang beremosi.
|