Reformasi MADANI tuntut pentadbir berani, berilmu dan berintegriti

Pengumuman Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025 yang lalu, yang memperincikan inisiatif segera seperti bantuan tunai SARA RM100, penurunan harga RON95, dan pengekalan kadar tol, bukan sekadar langkah jangka pendek untuk meringankan beban rakyat. Ia juga mer...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Raizalhilmy, Mohd Rais
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45483/
Description
Summary:Pengumuman Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025 yang lalu, yang memperincikan inisiatif segera seperti bantuan tunai SARA RM100, penurunan harga RON95, dan pengekalan kadar tol, bukan sekadar langkah jangka pendek untuk meringankan beban rakyat. Ia juga merupakan isyarat jelas bahawa kerajaan sedang memperhebatkan usaha reformasi menyeluruh berdasarkan Pelan Induk Ekonomi dan Pembangunan Malaysia, RMK-13, yang menekankan pembangunan inovatif, tadbir urus baik, dan keberanian dalam melaksanakan perubahan besar. RMK-13 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pula menegaskan komitmen kerajaan untuk memperkasakan sistem ekonomi dan tadbir urus melalui pelaksanaan reformasi menyeluruh dan berani. Ia adalah selari dengan aspirasi MADANI yang menuntut penjawat awam, terutamanya dalam sektor pendidikan tinggi dan pentadbiran universiti, untuk tampil sebagai agen perubahan yang berilmu, berani dan berintegriti tinggi. Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz juga menegaskan bahawa penjawat awam perlu menjadi pemimpin perubahan yang mampu menongkah arus dan bukan sekadar pelaksana tugas biasa.