| Summary: | AYER KEROH, MELAKA, 18 Ogos 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik apabila hari ini berlangsungnya majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama COHU Malaysia Sdn. Bhd. bertempat di Ayer Keroh, Melaka.
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMPSA, Profesor, Dr. Yatimah Alias bersama Naib Presiden Operasi Malaysia, Stephanie Luthi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
Turut hadir ialah Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Faiz Mohd Turan.
|