Ts. Dr. Noorlisa bangunkan Model Penulenan Thorium selamat daripada sisa nadir bumi
PEKAN, 18 Ogos 2025 – Proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REEs) daripada pekatan lantanid di Malaysia menghasilkan sisa radioaktif yang dikenali sebagai Water Leach Purification (WLP) yang mengandungi thorium pada kadar yang tinggi, kira-kira 6.7 Bq/g, iaitu jauh melebihi had selamat yang ditetap...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Newspaper |
| Language: | Malay |
| Published: |
UMPSA
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45466/ |
| Summary: | PEKAN, 18 Ogos 2025 – Proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REEs) daripada pekatan lantanid di Malaysia menghasilkan sisa radioaktif yang dikenali sebagai Water Leach Purification (WLP) yang mengandungi thorium pada kadar yang tinggi, kira-kira 6.7 Bq/g, iaitu jauh melebihi had selamat yang ditetapkan sebanyak 1 Bq/g.
Melihat kepada isu ini, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai Ts. Dr. Noorlisa Harun telah membangunkan satu model khusus yang menggunakan proses penguraian pada suhu rendah (kurang daripada 240°C).
Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan pembentukan thorium fosfat (ThPO) yang tidak larut dalam sisa pepejal WLP. |
|---|