| Summary: | PUTRAJAYA, 16 Ogos 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan Majlis Sanjungan Budi bagi menghargai tokoh kepimpinan universiti yang terdiri daripada mantan Ahli Lembaga Pengarah UMPSA dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan UMPSA.
Menurut Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, majlis ini adalah sebagai penghargaan bagi mengiktiraf tokoh kepimpinan yang banyak menyumbang bakti di universiti sepanjang tempoh pelantikan mereka.
“Majlis hari ini diadakan untuk menghargai komitmen dan sumbangan yang dicurahkan oleh Ahli Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Farah Ain Madzlan yang juga alumni universiti ini.
|