| Summary: | PEKAN, 14 Ogos 2025- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat kejayaan membanggakan apabila memperoleh penarafan 5 bintang bagi MyMoheS, seperti diumumkan semasa Mesyuarat Kualiti Data Bil. 2/2025 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 14 Ogos 2025 baru-baru ini.
Pencapaian ini merangkumi empat modul utama melibatkan pelajar, staf, penyelidikan dan maklumat institusi yang dinilai berdasarkan kesempurnaan data, kualiti data dan masa penghantaran.
Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias merakamkan penghargaan tahniah buat seluruh warga UMPSA dalam memastikan pengurusan data berkualiti serta amalan budaya kerja cemerlang yang dilaksanakan di universiti ini.
|