Semangat Sarong, Semangat Merdeka meriahkan komuniti Bukit Naga

SHAH ALAM, 9 Ogos 2025 – Suasana Dewan Tulip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga pagi tadi dipenuhi keceriaan dan gelak tawa apabila ratusan penduduk setempat menyertai Program Semangat Sarong, Semangat Merdeka yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Program itu merupa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Irdina Fatihah, Zul Helmi, Naqiah, Puaad
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45416/
Description
Summary:SHAH ALAM, 9 Ogos 2025 – Suasana Dewan Tulip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga pagi tadi dipenuhi keceriaan dan gelak tawa apabila ratusan penduduk setempat menyertai Program Semangat Sarong, Semangat Merdeka yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perintis X Komuniti 2025 anjuran Team Selangor dengan kerjasama pelbagai pihak yang berlangsung serentak di tujuh lokasi seluruh Selangor. Program ini disokong oleh sukarelawan dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia. Melalui inisiatif dan kerjasama Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PERMAS-UMPSA), seramai 50 sukarelawan berjaya digerakkan bagi menyokong pelaksanaan program, sekali gus mengangkat peranan mahasiswa dalam menghubungkan universiti dan komuniti.