Inovasi teknologi pendidikan UMPSA tarik perhatian di Asean TVET Conference 2025

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Tiga inovasi teknologi pendidikan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi tumpuan pengunjung apabila dipamerkan di ASEAN TVET Conference 2025 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) di sini. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nizam, Abdul Rashid
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45395/
Description
Summary:KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Tiga inovasi teknologi pendidikan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi tumpuan pengunjung apabila dipamerkan di ASEAN TVET Conference 2025 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) di sini. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, turut meluangkan masa mengunjungi reruai UMPSA pada pameran tersebut. Dalam sesi lawatan itu, beliau meninjau secara dekat tiga produk teknologi hasil penyelidikan dan inovasi UMPSA, iaitu DreBar – Unit mobiliti autonomi yang dibangunkan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Aizzat Zakaria dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKPM).