| Summary: | PETALING JAYA, 9 Ogos 2025 – Lebih 50 orang alumni Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) daripada seluruh Semenanjung Malaysia berhimpun dalam Majlis Makan Malam Bersama Alumni FTKPM 2025 yang berlangsung di Royal Chulan The Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.
Majlis itu bukan sekadar medan untuk mengimbau memori zaman kampus, malah menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara alumni dan fakulti, di samping menyumbang kepada agenda penambahbaikan akademik universiti.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed hadir bagi merasmikan majlis pada malam tersebut.
|