| Summary: | GAMBANG, 8 Ogos 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan program pemindahan ilmu kejuruteraan berkonsepkan teknologi hijau kepada seramai 223 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gambang bagi mendidik generasi muda tentang kepentingan mengaplikasikan teknologi hijau dalam kehidupan.
Program yang berlangsung di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Gambang itu melibatkan seramai 25 orang pensyarah, tiga orang staf teknikal dan dua orang staf pentadbiran serta pelajar siswazah UMPSA.
Menurut Profesor di FTKA, Profesor Ts. Dr. Khairunisa Muthusamy, program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman melalui empat projek teknologi hijau bagi menyemai minat terhadap bidang Kejuruteraan yang berpaksikan kelestarian alam dalam kalangan warga pendidik dan pelajar sekolah.
|