UMPSA cadang buka Pusat Pembelajaran UMPSA KL

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhasrat membuka Pusat Pembelajaran UMPSA Kuala Lumpur (UMPSA KL) sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi khususnya dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat bandar serta golongan profesional yang beker...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosilawati, Rosedi
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45369/
Description
Summary:KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhasrat membuka Pusat Pembelajaran UMPSA Kuala Lumpur (UMPSA KL) sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi khususnya dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat bandar serta golongan profesional yang bekerja. Usaha tersebut sebahagian daripada persediaan UMPSA mengukuhkan kedudukan universiti itu sebagai hab TVET termaju di rantau ASEAN yang berteraskan kecemerlangan akademik, jaringan global dan keupayaan penghasilan graduan berkualiti tinggi. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, Kuala Lumpur kini menjadi lokasi strategik UMPSA bagi menarik lebih ramai pelajar dari wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia.