Pelajar UMPSA bangunkan Cropfit Compost Maker bantu petani cendawan urus sisa secara lestari

PEKAN, 11 Ogos 2025 – Isu lambakan sisa bongkah lama di ladang-ladang kecil cendawan tiram di Malaysia semakin membimbangkan apabila kebanyakan sisa ini dibakar atau dibiarkan di kawasan lapang yang bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar, malah turut mengundang kehadiran haiwan perosak yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Hartini, Mohd Hatta
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45360/
Description
Summary:PEKAN, 11 Ogos 2025 – Isu lambakan sisa bongkah lama di ladang-ladang kecil cendawan tiram di Malaysia semakin membimbangkan apabila kebanyakan sisa ini dibakar atau dibiarkan di kawasan lapang yang bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar, malah turut mengundang kehadiran haiwan perosak yang boleh menjejaskan operasi ladang. Melihat kepada keadaan ini, penyelidikan yang diketuai oleh pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Sudhish Rao a/l Narasinga Rao bersama rakan sekumpulan, Muhammad Nabil Najmi Alli, Muhammad Che Abdullah, Veneffa Michelle Anak Edward, Sri Prashad a/l Palani, dan Deniis a/l Chelliah telah menghasilkan Cropfit Compost Maker yang merupakan versi terbaik dan terbaharu yang telah dimulakan pada Semester I 2024/2025 di bawah subjek Integrated Design Project (BEL3724).