Penyelidik UMPSA Ts. Dr. Ahmad Taufik bangunkan DeciXion, solusi pintar bantu organisasi buat keputusan strategik secara sistematik

PEKAN, 8 Ogos 2025 – Melihat kepada kesukaran banyak organisasi dalam membuat keputusan strategik, penyelidikan yang diketuai oleh pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Ahmad Taufik Nursal telah menghasilkan DeciXion, perisian sok...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Hartini, Mohd Hatta
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45352/
Description
Summary:PEKAN, 8 Ogos 2025 – Melihat kepada kesukaran banyak organisasi dalam membuat keputusan strategik, penyelidikan yang diketuai oleh pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Ahmad Taufik Nursal telah menghasilkan DeciXion, perisian sokongan keputusan (Decision Support System – DSS) berasaskan web yang dibangunkan menggunakan kaedah analisis Fuzzy TOPSIS. Penyelidikan ini turut mendapat kerjasama sekumpulan pensyarah daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Tisya Farida Abdul Halim, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, pensyarah FPI, Dr. Khairunnisa Abdul Aziz, Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz, Ts. Dr. Noor Akma Abu Bakar, dan Dr. Zarith Sufia Azlan.