| Summary: | PENGALAMAN seseorang di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sekadar tertumpu kepada pencapaian akademik atau memperoleh segulung ijazah, sebaliknya merupakan satu proses pembentukan jati diri yang menyeluruh.
Ia bertujuan melahirkan graduan yang seimbang, berkeperibadian unggul dan mampu berperanan secara efektif dalam masyarakat. Universiti harus memainkan peranan sebagai fasilitator utama dalam membentuk ekosistem pembelajaran yang holistik, dinamik dan berterusan.
Pendekatan itu merangkumi penyediaan program pembangunan pelajar yang terancang, inklusif dan bersifat rentas disiplin. Aspek ini tidak tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik, malah pembangunan sahsiah, kepimpinan dan etika profesional.
|