| Summary: | BACHOK, 27 Julai 2025 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini.
Delegasi Perpustakaan UMPSA diketuai oleh Ketua Pustakawan, Hajah Kamariah Gono bersama Timbalan Ketua Pustakawan, Amelia Hasan dan Iswan Akim Ismail serta Pustakawan, Mohd Ariffin Abdul Aziz.
Kunjungan itu turut dihadiri Pengurus Teknologi Maklumat, Ts. Dr. Sabri Ahmad Hisham, Syahnizam Abdullah Sani dan pensyarah Fakulti Komputeran, Ts. Aziman Abdullah.
|