Pembelajaran bahasa asing melalui homonim silang bahasa: Bahasa Melayu dan Korea

Pengenalan Kepada Konsep ‘Homonim’ Dalam dunia linguistik, keunikan sesuatu bahasa sering terserlah melalui fenomena ‘homonim’, iaitu perkataan yang mempunyai sebutan atau ejaan yang sama, tetapi membawa makna yang berbeza. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim ditakrifkan sebagai perkataan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Jumani, Fauzi, Mahzaton Aqma, Abu Talip, Zatul Amrah, Mohammad Nazri, Nor Safura, Nordin
Format: UMPSA News
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45260/
Description
Summary:Pengenalan Kepada Konsep ‘Homonim’ Dalam dunia linguistik, keunikan sesuatu bahasa sering terserlah melalui fenomena ‘homonim’, iaitu perkataan yang mempunyai sebutan atau ejaan yang sama, tetapi membawa makna yang berbeza. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim ditakrifkan sebagai perkataan yang sama bentuk (sebutan atau ejaan) tetapi berlainan makna. Fenomena ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan semantik sesebuah bahasa, malah turut menguji kecekapan penutur dalam memahami makna berdasarkan konteks penggunaannya. Dalam beberapa kajian, homonim dikenal pasti sebagai aspek linguistik yang signifikan dalam pengajaran bahasa kerana ia menuntut kefahaman kontekstual dan kepekaan terhadap pelbagai lapisan makna. Justeru, penerokaan terhadap homonim bukan sahaja membantu dalam memahami struktur dan makna bahasa, malah membuka ruang kepada perbandingan lintas bahasa, misalnya antara bahasa Melayu dan Korea yang dapat memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran pelajar.