| Summary: | PEKAN, 29 Julai 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jawatankuasa Pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) telah menganjurkan Program Outreach: MyKESUMAJobs Career LaunchPad OKU bertempat di Fakulti Komputeran (FK), UMPSA Pekan hari ini.
Program yang berlangsung selama sehari itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan serta pelajar-pelajar berkeperluan khas daripada UMPSA, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan University College of Yayasan Pahang (UCYP) bagi membincangkan peluang serta strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran Orang Kurang Upaya (OKU) di pasaran kerja nasional.
|