| Summary: | PEKAN, 24 Julai 2025 – Education Malaysia Global Services (EMGS) telah menganjurkan Townhall Road Tour 2025 bagi Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai tuan rumah, menghimpunkan wakil-wakil dari universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur untuk memperkukuh tadbir urus pelajar antarabangsa di Malaysia.
Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Canseleri Tun Razak UMPSA Pekan itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti Pelajar UMPSA, Noor Syahidah Sabran, sebelum diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Penasihat Kanan EMGS, Ramlan Abd Aziz.
|