| Summary: | Malaysia kini sedang melangkah ke satu era baharu yang bukan sahaja menuntut kemajuan teknologi, malah meletakkan manusia sebagai teras kepada segala pembangunan dan kemajuan, inilah yang dimaksudkan dengan konsep Masyarakat 5.0 atau Society 5.0.
Konsep yang diperkenalkan oleh Jepun ini membawa satu mesej penting iaitu teknologi mesti berfungsi untuk manusia, bukan sebaliknya. Dalam erti kata lain, dunia digital masa kini tidak hanya tentang automasi dan robot, tetapi juga bagaimana teknologi membantu menyelesaikan masalah sosial, merapatkan jurang kemiskinan, memudahkan kehidupan seharian dan membina masyarakat yang lebih sejahtera.
Namun, apabila kita meneliti situasi pendidikan tinggi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara kita, persoalan besar timbul. Adakah kita benar-benar bersedia melahirkan generasi Society 5.0?
|