| Summary: | PEKAN, 23 Julai 2025 - Hampir 100 sorang ukarelawan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pos Malaysia Berhad Negeri Pahang, SWCorp dan Alam Flora telah menjayakan Program Plogging@Pantai Tanjung Gosong.
Pengarah Pusat Pembangunan Lestari (SDC) UMPSA, Dr. Suhaidah Hussain berkata, program ini merupakan siri kedua bagi tahun ini dan siri ketiga akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
“Program ini bukan sahaja berjaya menyemai rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar, malah menjadi platform kolaborasi strategik antara universiti, agensi kerajaan dan pihak industri.
“Pada hari ini, jumlah berat keseluruhan sisa adalah sebanyak 333.2 kilogram dengan jarak kutipan kurang 500 meter sepanjang pantai.
|