UMPSA perkukuh komitmen Agenda Kelestarian Global dalam Ekspo Osaka 2025

OSAKA, JEPUN, 21 Julai 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya terhadap Agenda Kelestarian Global menerusi penyertaan dalam Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di Ekspo Osaka 2025 yang berlangsung mulai 21 hingga 27 Julai 2025 ini. Program anjuran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Ezzati, Mohd Nasir
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45195/
Description
Summary:OSAKA, JEPUN, 21 Julai 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya terhadap Agenda Kelestarian Global menerusi penyertaan dalam Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia di Ekspo Osaka 2025 yang berlangsung mulai 21 hingga 27 Julai 2025 ini. Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) itu adalah sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi dan juga penyelidikan. Antara sorotan utama pada hari pertama ialah sesi podcast bertajuk ‘ESG and Sustainability: Navigating Carbon Net Zero’ yang menampilkan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias bersama Pengarah Pusat Penyelidikan Neutraliti Karbon (CNRC), Universiti Kansai, Profesor Dr. Masato Ueda.