| Summary: | PEKAN, 16 Julai 2025 – Satu sesi perkongsian ilmu yang bertemakan ‘Keceriaan Berimpak: Magis Bahan Terpakai’ telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Aras 1, PBM, UMPSA Pekan, bersempena dengan Minggu EKSA x KKP x Sukan PBM 2025.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kreativiti dan inovasi menerusi amalan kitar semula dan kelestarian dalam kalangan warga PBM.
Guru Seni Reka dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak, Azimah Mohamed telah dijemput sebagai penceramah sesi perkongsian ilmu tersebut.
|