Ziarah Prihatin Naib Canselor UMPSA bawa sinar harapan buat anak Kartunis Cendol, Arysha Rania

SHAH ALAM, 15 Julai 2025 – “Saya sangat bersyukur dan gembira, ini rezeki anak saya untuk belajar di universiti yang menjadi pilihan hatinya,” kata Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kartunis Cendol tatkala menerima kunjungan istimewa daripada Naib Canselor,Universiti Malaysia Pahang Al-Sulta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Naqiah, Puaad
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45185/
Description
Summary:SHAH ALAM, 15 Julai 2025 – “Saya sangat bersyukur dan gembira, ini rezeki anak saya untuk belajar di universiti yang menjadi pilihan hatinya,” kata Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kartunis Cendol tatkala menerima kunjungan istimewa daripada Naib Canselor,Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Datin Nur Sharmila Shaheen. Kunjungan sempena program Ziarah Prihatin Pelajar Baharu Diploma oleh UMPSA itu berlangsung di kediaman keluarga pelajar baharu, Arysha Rania Shahrul Nizam di Seksyen 17, Shah Alam. Arysha yang merupakan anak sulung kepada pasangan Shahrul dan isterinya bakal melanjutkan pengajian ke program Diploma Kejuruteraan Elektrik di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA Pekan.