Kembara Lestari UMPSA santuni Komuniti Gugusan Felda Lok Heng sokong SDG
KOTA TINGGI, 17 Julai 2025 - Kembara Lestari UMPSA@Kota Tinggi berlangsung di Gugusan Felda Lok Heng berjaya menyantuni pembangunan komuniti setempat di samping menghulurkan sumbangan kepakaran kepada golongan yang berkeperluan melalui pelbagai aktiviti merangkumi kluster teknologi, khidmat komunit...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Newspaper |
| Language: | Malay |
| Published: |
UMPSA
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45163/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45163/1/Kembara%20Lestari%20UMPSA%20santuni%20Komuniti%20Gugusan%20Felda%20Lok%20Heng%20sokong%20SDG.pdf |
| Summary: | KOTA TINGGI, 17 Julai 2025 - Kembara Lestari UMPSA@Kota Tinggi berlangsung di Gugusan Felda Lok Heng berjaya menyantuni pembangunan komuniti setempat di samping menghulurkan sumbangan kepakaran kepada golongan yang berkeperluan melalui pelbagai aktiviti merangkumi kluster teknologi, khidmat komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian dan sumbangan buat komuniti yang memberi manfaat buat komuniti setempat termasuklah golongan inklusif.
Seramai 43 sukarelawan UMPSA yang terdiri daripada Skuad Yayasan UMPSA, Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR UMPSA) dan Pertubuhan Mahasiswa Kota Tinggi serta sepuluh orang staf (UMPSA) daripada Pusat TVET Termaju dan Pusat Perkhidmatan Inklusif (PPI) telah berkampung dan tinggal bersama keluarga angkat di sekitar Felda Lok Heng selama lima hari bagi merasai suasana dan budaya masyarakat serta menjayakan program Kembara Lestari kali ini.
Hadir merasmikan program Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi. |
|---|