Memperkasakan pensijilan halal premis makanan di Malaysia: kepentingan, keperluan dan cabaran

Produk berlogo halal telah menjadi keperluan penting bagi pengguna Muslim di Malaysia. Seiring dengan peningkatan kesedaran halal, pensijilan halal semakin mendapat perhatian. Di Malaysia, terdapat sembilan kategori pensijilan halal dan salah satunya ialah kategori premis makanan. Kategori ini meran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Hafeez, Md Ramli, Tuan Sidek, Tuan Muda, Anita, Abdul Rani
Format: Article
Language:Malay
Published: USIM PRESS 2025
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/44788/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/44788/1/Memperkasakan%20Pensijilan%20Halal%20Premis%20Makanan%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Produk berlogo halal telah menjadi keperluan penting bagi pengguna Muslim di Malaysia. Seiring dengan peningkatan kesedaran halal, pensijilan halal semakin mendapat perhatian. Di Malaysia, terdapat sembilan kategori pensijilan halal dan salah satunya ialah kategori premis makanan. Kategori ini merangkumi pemberian sijil halal kepada pelbagai jenis premis makanan seperti dapur hotel, restoran, gerai, kiosk, warung dan sebagainya yang telah mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal. Walaupun pensijilan halal dalam industri makanan berkembang pesat dengan peningkatan permohonan sijil halal, kategori premis makanan masih menunjukkan perkembangan yang agak perlahan. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan membincangkan kepentingan, keperluan dan cabaran dalam memperkasa pensijilan halal bagi kategori premis makanan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana data dikumpul dan dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensijilan halal untuk premis makanan adalah penting untuk diperkasakan bagi memastikan pengguna mendapat jaminan makanan halalan tayyiban dan terjamin keselamatannya. Pemerkasaan ini diharapkan dapat mencegah isu-isu keselamatan makanan yang sering berlaku di premis makanan. Kajian ini juga mendapati beberapa cabaran utama dalam memperkasakan pensijilan halal bagi kategori ini iaitu kesukaran proses permohonan, kos pematuhan dan keperluan bahan mentah halal, kesulitan memenuhi dokumentasi serta kebersihan dan kos penambahbaikan premis. Implikasi kajian ini ialah dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada pengusaha premis makanan, pihak berkuasa pensijilan halal dan pengguna Muslim berkaitan keperluan dan cabaran dalam pensijilan halal premis makanan serta memberikan jalan penyelesaian yang praktikal dan strategik dalam meningkatkan keyakinan pengguna, memacu ekonomi dan memperkukuh sistem pensijilan halal di Malaysia.